Pages

Followers

Wednesday, July 27, 2011

Keperluan asas sebuah ladang tebu

Pembersihan kawasan dengan Jentera.



KAWASAN:


1. Kawasan Kering



2. Menerima hujan dan panas yang serata



3. Purata hujan tahunan 153.5 setahun



4. Suhu antara 13 darjah hingga 38 darjah celcius



5. Hujan mencukupi mula 1 hlt hingga 60 hlt



6. Cahaya matahari yang tinggi pada 150 hlt hingga 270 hlt



7. Jalan Ladang

PERALATAN YANG PERLU ADA DIDALAM SEBUAH LADANG TEBU.

1. Pam penyembur racun : Galas (manual) satu untuk kawalan rumpai dan satu lagi untuk kawalan serangga/kulat.
2. Cangkul Manual : 1 unit
3. Cop Menebang
4. Para pengikat
5. Baldi untuk membaja
6. Tali
7. Kereta Sorong
8. Topeng kepala dan muka
9. Penutup hidung dan mulut
10. Sarung tangan
11. Parang
12. Kait ( Digunakan untuk kawalan daun dan mengemas sisa buangan diatas tanah)

INPUT YANG PERLU ADA DIDALAM SEBUAH LADANG TEBU

1. Baja N:P:K 15:15:15
2. Racun Kulat (Mancozeb atau lain-lain)
3. Racun Serangga ( Malathion, Decis , Karate atau lain-lain)
4. Racun Rumpai (Basta atau G-shapex sahaja)

Monday, July 18, 2011

Mengajar Petani-petani daerah Setiu Terengganu

Atas inisiatif YB EXCO Pertanian dan IAT Negeri Terengganu satu Kursus telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian Ajil Kuala Terengganu dan di hadiri kira-kira 30 orang Petani dari Bukit Gong , Daerah Setiu.
Saya telah cuba menyampaikan panduan dan maklumat sebaik mungkin supaya harapan petani-petani ini dapat di realisasikan.


Alhamdulillah ! Petani telah memberikan tumpuan sepenuhnya dan dapat mengkaji kesilapan perancangan dari mula menanam. Saya titik beratkan disini faktor hujan kerana Terengganu akan mengalami dua kali angin Monsun setiap tahun iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Perancangan Penyediaan kawasan, Pembakaran, Menggali lubang dan menanam mesti mengambil kira cuaca dan jangkaan hujan kerana apapun aktiviti yang akan kita lakukan "Timing" yang tepat adalah sangat membantu.



Cuma kadang-kadang saya terkedu sedikit kerana masalah dialeg. Dialeg Petani agak pekat keterengganuan mereka dan saya kadang-kadang tersasul ke dialeg Negeri Sembilan.





Bos saya En Mohd Nurulhuda turut bersama saya dan banyak membantu peserta -peserta bagi menambah kefahaman selain mencabar peserta untuk merealisasikan matlamat pengeluaran tebu kerajaan Negeri Terengganu.


Saya sedia membantu tetapi jarak kita adalah jauh. Mungkin dengan adanya Blog ini dapat membantu petani-petani dari jauh. Lagi pun saya percaya Pegawai-pegawai di Daerah Setiu terutama Pembantu Pertanian Kawasan Bukit Gong Cek Mat adalah pegawai-pegawai yang sangat komited. Selamat maju jaya Terengganu.



Sangat Sesuai Pusat latihan Pertanian Ajil ini bagi Perpindahan Ilmu dan Teknikal. Jika anda berpeluang ke sana jangan lepaskan peluang ini kerana kemudahan yang sempurna dan Pengetuanya yang ramah.











Friday, July 8, 2011

1.
1. RUPA BENTUK KAWASAN
1.HUTAN
a. Menanda Sempadan kawasan
b. Mesin sesuai : Escubator/Kiap dan jentolak
c. Menolak pokok
d. Mencabut tunggul pokok
e. Mencerah/Memotong kayu kepada saiz lebih pendek
f . Pembakaran/pelupusan
Kos Mesin 5 hari bekerja : RM 4446.00 /hektar
Kos Pekerja 6 hari Tenaga kerja : RM 300.00/hektar
2.2. BELUKAR TEBAL
a. Menanda Sempadan Kawasan
b. Mesin Sesuai : Eskubator/Kiap
c. Menolak/Mencabut tunggul pokok
d. Membuat beberapa longgokkan
e. Pembakaran/pelupusan
Kos Mesin 3 hari bekerja : RM 2700.00/hektar
Kos Pekerja 6 hari Tenaga Kerja: RM 300.00/hektar

3. BELUKAR KECIL
a. Menanda kawasan
b. Mesin sesuai : Jentolak (JCB)
c. Membersih seluruh kawasan
d. Kumpul dan longgok
e. Pembakaran/Pelupusan
Kos mesin 5 hari bekerja : RM 2000.00
Kos Tenaga kerja 6 hari : RM 600.00
4.SEMAK TEBAL/POKOK RENEK
BEKAS SAWAH
PADANG KERBAU
a. Menanda kawasan
b. Mesin Sesuai : Jentolak (JCB)
c. Membersih seluruh kawasan.
d. Kumpul dan Longgok
f. Kawalan Sisa rumpai
e. Pembakaran/Pelupusan
Kos sama seperti 3.
5. BEKAS SAWAH /PADANG KERBAU
a. Menanda kawasan
b. Gunakan Racun Rumpai ( Sentuh)
c. Bakar atau Tolak dengan Jentolak (JCB)

Siri tanah yang sesuai adalah :

1. Telemong akob-lanar tempatan
2. Bunggor durian
3. Rasau

Jangkaan tidak sesuai adalah dari jenis Sand Tailing iaitu bekas aktiviti perlombongan. Walau bagaimanapun jika nisbah pasir dengan tanah 70/30 dengan bantuan teknikal juga tanah telah dibuat pemuliharaan BOLEH juga ditanam dan memberikan hasil yang baik.

PENYEDIAAN KAWASAN




  1. RIDAY, JULY 8, 2011





  2. KESESUAIAN TANAH




    Antara ciri-ciri tanah yang sesuai bagi penanaman Tebu Kuning (Tebu Telor) adalah :

    1. Telemong Akop lanar Tempatan
    2. Rasau
    3. Bunggor Durian


    Walau pun tanah siri lain sedikit tidak sesuai tetapi dengan sedikit bantuan teknikal penanaman Tanaman tebu masih boleh memberikan hasil yang baik.


    Tanah yang kalau boleh di elakkan adalah :


    1. Sand Tailing


    Selalu nya tanah bekas perlombongan bijih timah. Walau bagaimanapun jika kandungan pasir dan tanah adalah 60/40 atau 70/30 dan jika ada pemuliharaan tanah maka tanah tersebut masih boleh di gunakan untuk tanaman tebu.


    PENYEDIAAN KAWASAN.


    A. TANAH HUTAN/BELUKAR TEBAL.


    1. Menanda Sempadan Kawasan
    2. Mesin Paling Sesuai : Escubator/Kiap dan Buldozer
    3. Menolak pokok dan mencabut tunggul pokok
    4. Mencerah/memotong dahan dan kayu kepada saiz yang lebih pendek
    5. Pembakaran/Pereputan


    Kos Mesin 5 hari bekerja termasuk pengangkutan : RM 4446.00/hektar
    Kos Tenaga Kerja 6 hari TK : RM 300.00/hektar


    B. SEMAK TEBAL,BEKAS SAWAH TERBIAR/PADANG KERBAU


    1. Menanda Sempadan
    2. Mesin Sesuai : Jentolak /JCB
    3. Kumpul dan longgok
    4. Kawalan baki rumpai
    5.Pembakaran/pelupusan


    Kos Mesin 5 hari bekerja : RM 2000.00/hektar
    Kos Tenaga Kerja 6 hari TK : RM 300.00/hektar


Thursday, July 7, 2011

FISIOLOGI TANAMAN.

Nama Saintifik : Saccharum Officinarum
Sifat : Berdaun Tirus dan Berwarna Kuning
Raja.
: Akar Rerambut
: Anak berturutan
: 10 - 23 batang bagi serumpun Tebu
: Mencapai ketinggian 12 kaki
: Bergaris pusat 6 sentimeter


A .KEPERLUAN ASAS

1. Kawasan yang kering
2. Menerima hujan dan panas yang serata
3. Purata hujan tahunan 153.5 mm sebulan
4. Suhu antara 13 c - 38 c
5. Kepanasan yang tinggi
6. Hujan yang mencukupi
7. Tanah telap air

B .KESESUAIAN TANAH

1. Rata atau sedikit beralun , tidak terlalu berbukit
2. Liat berpasir
3. Telap air atau saliran yang baik
4. Tidak terlindung/ tidak dibawah naungan
5. Mendapat 65% cahaya
6. Tidak berada di laluan angin Kencang