Pages

Followers

Monday, July 18, 2011

Mengajar Petani-petani daerah Setiu Terengganu

Atas inisiatif YB EXCO Pertanian dan IAT Negeri Terengganu satu Kursus telah diadakan di Pusat Latihan Pertanian Ajil Kuala Terengganu dan di hadiri kira-kira 30 orang Petani dari Bukit Gong , Daerah Setiu.
Saya telah cuba menyampaikan panduan dan maklumat sebaik mungkin supaya harapan petani-petani ini dapat di realisasikan.


Alhamdulillah ! Petani telah memberikan tumpuan sepenuhnya dan dapat mengkaji kesilapan perancangan dari mula menanam. Saya titik beratkan disini faktor hujan kerana Terengganu akan mengalami dua kali angin Monsun setiap tahun iaitu Monsun Timur Laut dan Monsun Barat Daya. Perancangan Penyediaan kawasan, Pembakaran, Menggali lubang dan menanam mesti mengambil kira cuaca dan jangkaan hujan kerana apapun aktiviti yang akan kita lakukan "Timing" yang tepat adalah sangat membantu.



Cuma kadang-kadang saya terkedu sedikit kerana masalah dialeg. Dialeg Petani agak pekat keterengganuan mereka dan saya kadang-kadang tersasul ke dialeg Negeri Sembilan.





Bos saya En Mohd Nurulhuda turut bersama saya dan banyak membantu peserta -peserta bagi menambah kefahaman selain mencabar peserta untuk merealisasikan matlamat pengeluaran tebu kerajaan Negeri Terengganu.


Saya sedia membantu tetapi jarak kita adalah jauh. Mungkin dengan adanya Blog ini dapat membantu petani-petani dari jauh. Lagi pun saya percaya Pegawai-pegawai di Daerah Setiu terutama Pembantu Pertanian Kawasan Bukit Gong Cek Mat adalah pegawai-pegawai yang sangat komited. Selamat maju jaya Terengganu.



Sangat Sesuai Pusat latihan Pertanian Ajil ini bagi Perpindahan Ilmu dan Teknikal. Jika anda berpeluang ke sana jangan lepaskan peluang ini kerana kemudahan yang sempurna dan Pengetuanya yang ramah.











No comments:

Post a Comment