Followers

Friday, July 8, 2011

PENYEDIAAN KAWASAN




  1. RIDAY, JULY 8, 2011





  2. KESESUAIAN TANAH




    Antara ciri-ciri tanah yang sesuai bagi penanaman Tebu Kuning (Tebu Telor) adalah :

    1. Telemong Akop lanar Tempatan
    2. Rasau
    3. Bunggor Durian


    Walau pun tanah siri lain sedikit tidak sesuai tetapi dengan sedikit bantuan teknikal penanaman Tanaman tebu masih boleh memberikan hasil yang baik.


    Tanah yang kalau boleh di elakkan adalah :


    1. Sand Tailing


    Selalu nya tanah bekas perlombongan bijih timah. Walau bagaimanapun jika kandungan pasir dan tanah adalah 60/40 atau 70/30 dan jika ada pemuliharaan tanah maka tanah tersebut masih boleh di gunakan untuk tanaman tebu.


    PENYEDIAAN KAWASAN.


    A. TANAH HUTAN/BELUKAR TEBAL.


    1. Menanda Sempadan Kawasan
    2. Mesin Paling Sesuai : Escubator/Kiap dan Buldozer
    3. Menolak pokok dan mencabut tunggul pokok
    4. Mencerah/memotong dahan dan kayu kepada saiz yang lebih pendek
    5. Pembakaran/Pereputan


    Kos Mesin 5 hari bekerja termasuk pengangkutan : RM 4446.00/hektar
    Kos Tenaga Kerja 6 hari TK : RM 300.00/hektar


    B. SEMAK TEBAL,BEKAS SAWAH TERBIAR/PADANG KERBAU


    1. Menanda Sempadan
    2. Mesin Sesuai : Jentolak /JCB
    3. Kumpul dan longgok
    4. Kawalan baki rumpai
    5.Pembakaran/pelupusan


    Kos Mesin 5 hari bekerja : RM 2000.00/hektar
    Kos Tenaga Kerja 6 hari TK : RM 300.00/hektar


No comments:

Post a Comment